Saturday 13 July 2013

SALAM RAMADHAN SEMUA.


Assalamualaikum,
Hello,


   Hari ni nak share cara buat air yang boleh mengfreshkan diri anda . Walaupun tengah hujan kesah pulak kan .  Sebab ada sesetengah orang makan nasi selepas solat maghrib kan jadi maybe air ni boleh mengeyangkan anda untuk seketika . 


BAHAN-BAHAN .
 (UNTUK 1JAG)

1 tin laici 
1 peket nestea
Selasih(yang da kembang)
Gula (ikut suka)
1/4 block cincau
1/2 tin nenas (buah sahaja)
2 cawan air soda 
Air
Ais
Daun pudina

1.  Kacau gula dan serbuk nestea dan masukkan sedikit gula .
2.  Masukkan air buah laici yang dalam tin tu bersama dengan air soda.
3.  Masukkan buah laici dan nenas
4.  Masukkan cincau,selasih dan daun pudina.
5.  Akhir sekali , masukkan ais . 



   SELAMAT MENCUBA .
 

Wednesday 10 July 2013

   
 
RESEPI : ONDE-ONDE COKLAT MODEN
 
 
 
Assalamualaikum ,
Hello,
 
 
    Semperna bulan ramadhan yang mulia ini . In shaa allah saya akan update resepi-resepi saya sendiri . Eceeehh , makan chef pula . hewhew sekali sekala apa salahnya kan ? .
 
 
 

Bahan-bahan ( 30 biji )

  • 1/2 peket tepung pulut (250g)                          
  • 1/2 camca besar tepung gandum
  • Pewarna ( lagi elok ta payah )            
  • Sedikit garam
  • Air (agak-agak ) 

INTI DALAM .

  • Coklat masakan
       Hanya potong ikut saiz yang anda suka


SALUT LUAR

  • Kacang badam
  • Kacang tanah
  • Garam
  • Gula
Kisarkan kedua-dua kacang itu kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan gula.

CARA-CARA MEMASAK.

1.Gaulkan tepung pulut, tepung gandum & sedikit garam.

2.tuang sedikit demi sedikit air ke dalam campuran tepung hingga menjadi doh.
 
3.Ambil doh (ikut saiz kegemaran anda) bentukkan bulat2 & masukkan inti (coklat) di tengah.
 
4.Rebuskan di dalam air mendidih. Bila kuih timbul di permukaan itu menandakan kuih sudah masak.
 
5.Golekkan ke atas aduan kacang dan boleh lah dihidangkan.



 SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN RAMADHAN

 SELAMAT MENCUBA RESEPI SAYA 

                                              BULAN RAMADHAN MUBARAK

Assalamualaikum,
Hello,


  Sempena bulan yang penuh keberkatan , kerja tambahan ialah mengupdate blog pada setiap minggu . Saja mengisi masa lapang , ni pon tengah tunggu waktu nak bersahur . Ok adakah anda berpuasa sebab semua orang berpuasa ? . Adakah anda berpuasa kerana niat dan kerana Allah ? . Adakah anda berpuasa kerana duit dan baju raya ? . ha ? . cuba jawab . Ok renung-renungkanlah dimana kita , dalam golongan mana kita .

AMBIL DARIPADA EN.GOOGLE.

 Maksud ramadhan , daripada segi bahasa ialah panas terik. Dan dari segi istilah bulan rahmat yang diwajibkan puasa . Wahai orang-orang beriman marilah kita menunaikan ibadah ini dengan khusyuk . Banyak tau kelebihan bagi orang yang sanggup bangun sahur , orang yang berpuasa antaranya doa akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t , dosa-dosanya diampunkan dan mereka yang berpuasa akan masuk syurga memlalui pinty Ar-Rayyan .


   Puasa dari segi istilah yang bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa dari TERBIT FAJAR sehingga TERBENAM matahari serta berserta dengan niat . Bagi orang berbau mulutnya ialah orang yang berpuasa . Biarkan baunya busuk tetapi tetap wangi di sisi Allah s.w.t


   JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH TAU .
 
SELAMAT BERPUASA , DAN SEMPERNA BULAN YANG MULIA SAYA SEIKHLAS HATI MEMOHON AMPUN SEKIRANYA ADA TERKASAR DALAM MENULIS ENTRY . DAN HALALKAN JIKA SAYA TERAMBIL SESUATU SEPERTI GAMBAR .

AMBIL DARI EN.GOOGLE .