Sunday 16 December 2012

Pakai tudung yang bersesuaian dengan bentuk wajah .


Assalamualaikum , 
Hello , 


Penggayaan tudung amat la penting bagi wanita muslimah right ? . Yelah sekarang ni dekat tudung banyak sangat fesyen tudung . Tapi bukan semua yang sesuai dengan bentuk wajah seseorang . Jadi pandai2 la pilih . Hari ni saya akan kongsi sedikit tentang tips2 penggayaan tudung . 

WAJAH BUAH ANGGUR. 
Gambar dari En. Google .

Untuk uolls yang mempunyai wajah berbentuk anggur amat la beruntung kerana boleh menggayakan pelbagai   jenis tudung yang berfesyen ataupun tidak . Jadi uolls ta perlulah bimbang . Semua tudung yang uolls pakai tak akan menjejaskan imej uolls . 

WAJAH BUAH STRAWBERI 
Ambil dari En. Google 

Bagi uolls yang mempunyai wajah buah strawberi iaitu wajah yang besar diatas dan agak tajam di dagu . Biasanye uolls yang wajah buah strawberi nie uolls yang berkepala lonjong Uolls jugak tidak perlu risau untuk memilih tudung kerana semua tudung uolls sesuai . Disebabkan bentuk tirus di bahagian pipi hingga ke dagu . Jadi uolls ta perlu menyorokkan tulang pipi dan rahang uolls . Yang penting adalah jika uolls pakai inner perlulah uolls bentukkan sedikit supaya uolls punyai wajah ta nampak dahi uolls luas. 

WAJAH BUAH DELIMA 

Ambil dari En. Google 


Bagi uolls yang mempunyai wajah seperti buah delima . Bentuk wajah ini adalah bentuk wajah yang bulat dan comel . Uolls yang comel sesuai untuk menggayakan ap2 sahaja fesyen tudung kerana uolls ta perlu menyorokkan tulang pipi dan rahang . Tapi apa yang penting uolls tidak berapa sesuai dengan tudung yang sarat dan bercorak . Jika tudung korang terlalu bercorak ini membuatkan wajah comel uolls menjadi lagi 
kecil dan tenggelam. 

WAJAH BUAH PISANG . 
Ambil dari En. Google 

Bagi uolls yang ada bentuk wajah seperti pisang atau bentuk wajah yang bujur . Sesetengah wajah bujur sesuai mengayakan tudung awning dan sesetengah lagi tidak sesuai kerana menampakkan wajah uolls lebih kecil dan sempit . Tapi ada sesetengah tidak sesuai dengan beberapa fesyen tudung . Jika tudung awning menampakkan wajah lebih kecil uolls perlu menggunakan tudung yang tidak bercorak . Kalau uolls nak selamat elakkan pakai tudung berawning kerana tudung awning boleh memberi ilusi kurus pada wajah  . Sebenarnye tudung awning sesuai untuk mereka yang mempunyai wajah bulat dan lebar . 

WAJAH BUAH EPAL 

Ambil dari En. Google .

Wajah buah epal adalah wajah yang bulat tetapi lebar . Uolls sangatlah sesuai memakai tudung yang mempunyai awning kerana dapat menutup pipi yang lebar . Tetapi uolls kena ingat tudung awning ad dua jenis . Ada jenis yang panjang pada pipi dan juga ada yang pendek . Uolls sesuai pakai tudung awning yang panjang pada pipi kerana ia dapat menutup sepenuhnya bahagian yang lebar pada pipi . Saiz pada awningjuga penting tau . 


No comments: